CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Rabu, Jun 24

Kata-kata sepasang telinga

setianya aku mendengar,
segala maki dan keji,
aku sumbatkan diriku dengan hina dina,
begitu agung sang mulut itu,
sehingga semua orang dikata dusta,
Sesuatu yang buruk berlaku,
pasti aku akan ditemuinya,
tidak kira waktu,
tidak kira cuaca,
dengan modal air liurnya,
bermula epik agung sang mulut,

aku hanya sepasang telinga,
cuba jadi pendengar yang setia,
tapi sang mulut juga perlu tahu,
aku bukan tong sampah untuk dihamburkan segala sampah dari kamu,
wahai sang mulut,
bukan kamu sahaja yang betul,
aku juga tidak berkata aku juga betul sentiasa,
tapi dari logikal aku sepasang telinga,
kamu sudah merubah diri kamu yang agung menjasi sampah dengan kata-kata mu,
aku tahu kamu suka berdongeng dengan ku,
kerana aku hanya tahu mendengar,
kau hamburkanlah apa sahaja kepada aku,
aku pasti mendengarnya,
kerna aku sepasang telinga,


Di akhir nannti,
kita masing-masing akan bersuara bersama yang lain,
kau akan berkata bagi pihak kau sang mulut,
dan aku akan berkata bagi pihak aku,
setiap kata-kata sampah kau,
aku juga berkongsi dosa itu,
tolonglah sang mulut,
aku tidak sanggup menanggung dosa,
sudah berbakul-bakul gamaknya,
keji maki hina caci,
semua itu menjadi pengikut mu,
jadikanlah akal sebagai teman kamu,
fikirlah dahulu sebelum berkata,
kamu perlu tahu,
walau apapun yang kamu kata,
aku juga akan turut merasa,
kerna aku hanya sepasang telinga.

-Catatan puitis-

Twitter Updates

Lokasi Kamu