CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Rabu, November 2

Hati mati kekal sepi

Hati ini telah mati,
Aku ingin dia pergi,
Hujan rintik kian meniti,
Sayang mentari muncul kembali,

Hati ini telah mati,
Girang dulu tukar sepi,
Tepi taman hanya menanti,
Bayang jiwa yang tidak pasti,

Hati ini telah mati,
Nanti sisa kian pergi,
Andai tiba suatu hari,
Cinta tidak berpaling kembali.

Khamis, Mac 17

Satu Daya Perisai Nyawa

Lafazku tiada suara

Gerak bibir tanpa bicara
Rangkap disusun halus sewarna
Maaf andai itu tidak didamba

Andai esok aku disini
Hanya satu yang dipinta
Selamanya mahu bersama
Mahu abadi kita berdua

Jujur aku inginkan daya
Jasad ini hanya bungkusan nyawa
Hujung jari perlu dipimpin
Untuk membebaskan cinta si pipih

Hilang cinta di penghujung nyawa
takkan mekar dua seumpama
biar satu itu teguh
jadi perisai hati yang rapuh

Sabtu, November 13

~Tak Henti-Henti~

asyik selalu merungut,
asyik selalu mengulas,
sehingga dada diurut,
dihempas kata-kata tanpa alas,
mudah berkata,
hanya kita merasa,
melodinya tak sama dengan nada,
bila nada beralah,
melodi takkan mengaku salah,
masing-masing sentiasa berbalah,
tiada siapa mampu menghalang,
biarlah diri yang memalang,
palang diri biar kukuh,
jangan tunduk telunjuk melodi,
kerna nada itu lebih sebati.

Twitter Updates

Lokasi Kamu